Tuesday, April 17, 2012

Milano,Italy

(sambungan sedutan minggu lepas)

1 Februari merupakan hari kami sampai di Milan,Italy.Kalau nak tau Milan adalah bandar metropolitan di Italy..semua pereka designer yang famous2 bertapak di Milan.Kami sampai di Milan pada waktu pagi,masa dalam kapal terbang Ryan Air (yang saya tak suka tu..) pilot bagitahu la suhu di Milan berapa celcius kan dan saya tertangkap suara pilot tu bagitau yang Milan tengah turun salji yang lebat.

"ahhhhhh tidakkk....salji?" 

tak dapat merasa keseronokan salji sebab tahu akibatnya macam mana..dengan yang Paris tak bersalji tu pun rasa nak pengsan kesejukan,,inikan pula salji? ( T__T...) berpandangan la saya dan kawan-kawan dalam plane tu sambil buat muka (erkkkkkk)

kami hanya berada di Milan satu malam sahaja sebab Milan takda tempat yg menarik melainkan shopping.Well shopping perkara kedua,bajet duit neh.

Jejak je Milan,memang salji lebattttt..tapi time tu salji tak turun pun..heheh..salji atas jalan je banyak..bestttt...nampak putihhhh je semuaaa..dan paling best tak sejuk pun!!!  ( ho yeahhhh)
Sejuk dia takda angin yang kuat (like paris..) so macam we can bear the weather i told ya..it was one find morning! 


see...ini sepanjang perjalanan nak ke hotel


actually you can see more in my video later..sebab gambar2 ni dari kamera kawan..so dorang tidur dalam kereta..so tak banyak gambar. (heheh..)


Ini hotel kami (bukan yang albergo tu..ini view dari dalam hotel)..comel tak pokok-pokok disaluti salji? (wink2..) Actually nak katakan hotel..takdal lah mewah kan..but all of our journey hanya tinggal di rumah tumpangan like bed & breakfast..etc.. ehe (rasa dah pernah cakap benda ni kat awal-awal entry vacation sebelum2 ni kan? :P)


  

ini kami nak keluar round-round bandar Milan..metro dekat je dari hotel ni..so boleh jalan kaki.. (that's why we need to find hotel yg strategik,mesti dekat dgn metro! )



isi perut di W.O.K.. perasan tak makanan dia letak dalam kotak (seperti dalam gambar)..pernah nampak tak kotak-kotak tu dalam mana2 filem? i mean actors kalu sesi menjamu selera duduk atas couch sambil tengok tv kadang-kadang makan W.O.K ni kot..sebab kotak ni familiar la bagi saya..selalu menu nya adalah mee..i caught one in How I Met Your Mother once..waktu tu Robin dan Ted kot tengah makan benda ni.. (ini assumption saya je la,,tak tau memang W.O.K ke tak dorang makan ni.hehe)


macam kueh teaw je sebab jenis mee lebar dan nipis..kuantiti nya sangat banyak!! lelah nak makan..

ok bila dah malam,,baru pergi ke tempat tarikan pelancong di Milan iaitu Duomo ( it's a church...again!) kalau naik metro turun di Piazza Duomo


ini la Duomo...next picture below saya nak tunjuk magic..sebelum tu perhati lama-lama gambar ni dulu..nampak haunted kan?

Milan Cathedral (ItalianDuomo di Milano) is the cathedral church of MilanItaly. Dedicated to Santa Maria Nascente (Saint Mary Nascent), it is the seat of the Archbishop of Milan, currently Cardinal Angelo Scola.
The Gothic cathedral took nearly six centuries to complete. It is the fourth largest cathedral in the world[1] and the largest in the Italian state territory.


:
:
:


Taadaaaaa !!! it's snowing !!! Hahahahahha 
(ok so lame..actually ini gambar flash baru nampak salji tu turun)


ini takde flash..so macam nampak tak nampak je snow kan?



best nye saljiiiii....kalau nak tau,hanya di Milan je turun salji selepas selepas ini..tempat lain kami pergi salji dah tak turun! 









sekitar Piazza...selalunya,,sistem Italy dan Paris ni sama je..kalau nama tu ialah Piazza..tempat tu ialah tempat yang sangat luasssss


contoh macam ni..ini dalam kawasan Piazza..luar Piazza tu yang Duomo tadi la..





heheh..tebal tak tebal salji tu? (ihik....) terasa nak baring je atas salji tu,tapi takut terbaring atas taik anjing plak ( @.@)..iye la,,paris dan italy satu lagi yang common ialah suka bawa anjng ke hulu ke hilir


It's me! saya rasa saya pakai berlapis-lapis kat dalam tu..seluar pun pakai skinny jeans then di luarnya pakai straight jeans


ini adalah P.Fontana (nama dalam map)..selalu kalau dah nama Fontana memang ada tugu la macam dalam gambar..nak tau itu tugu siapa? sila scroll lagiii...




Azhani sedang sapu-sapu batu yang terukir nama si pemilik tugu ini..


dia adalah LEONARDO bebeh! tak tahu la leonardo di caprio ke? (eh ini bukan titanic tu ke? hahah)
jap saya wiki (ting..ting..ting..)

Leonardo di ser Piero da Vinci
was an Italian Renaissance polymath: painter, sculptor, architect, musician, scientist, mathematician, engineer, inventor, anatomist, geologist, cartographerbotanist, and writer whose genius, perhaps more than that of any other figure, epitomized the Renaissance humanist ideal. 

laaa Leonardo Da vinci ke? baru tahu setelah baca wiki @.@


ini bajet nak buat gambar potret,,(uhuk...) tapi bila tengok serabai macam nenek kebayan..ok abaikan. =.='


 Il Teatro Alla Scala

The most famous  Opera Theatre in the world,La Scala (menaip sambil baca map milan ni..haha) It is a wonderful theatre where the most important artist of the world,from Verdi to Maria Callas and Pavarotti,performed. (apa la dia cakap ni...berseni betul..ummpphh *yawning*) tapi nampak biasa je kan bangunan ni? ( kemon fa...apa yang ada pada luaran? )



masa masuk kat dalam ni..ramai orang berdiri kat luar bangunan sedang menunggu kot ada function dalam ni..so kami pun masuk tanpa segan silu..masuk (dalam gambar ni)..ok nampak kosong..jenguk la kepala di setiap bilik yang seperti ballroom tu..ok ada ramai orang dalam tu (actually kitorang blur,so macam main hentam serabai je la kan)

then we feel like we don't belong here..jom keluar balik !! hahaha


ini la kami yang sengal berada di luar bangunan kembali... heheh



maka malam kami berakhir begitu sahaja..begitu?? ehh bermakna juga sebab merasai salji..heheh

esok nya kena menjelajah lagi ke next destination iaitu Verona ! Verona ialah tanah air Romeo dan Juliet...weeeewwiiittttt (bersiul-siul)

maka bermula lagi perjalanan yang jauh sambil mengangkat backpack yang berat T___T..

till next post..bye bye! :D



p/s I enable back my right click..saya sendiri rasa payah bila tak dapat right click =.='




Sunday, April 8, 2012

Wake Up Call For Me



Pesanan daripada seorang ulama' hadis merangkap seorang pakar bedah yang sangat hebat kerana mempunyai 3 PHD (specialist of vasular,laparoscopy and plastic surgery.MashaAllah).Namun,bukan itu yang sepatutnya kita pandang tetapi apa yang beliau cuba sampaikan.Saya rasa satu perkongsian yang wajib dikongsi bersama-sama esp untuk yang amik perubatan/etc.

Mutiara ilmu dari Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani:

1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy).

2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, jiwa dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.

4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.

5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.

6. Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.

7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.

8. Pastikan doktor Muslin ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan mnjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

9. Saidina Ali meyebut; Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.

10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan,aku sempatmerawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati.

12. Pesanan untuk pelajar perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah

~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.

Dataran Hayyu A’syir, 7 April 2011.
Wallahua’lam



p/s Sebak bila baca..i feel blessed bila saya ceburi bidang ini..Subhanallah ..kerana saya ada satu medium yang membolehkan saya dekat kepada Allah..Alhamdulillah..moga istiqomah. ;)

Wednesday, April 4, 2012

Ukhuwah Tak Hangus (Drama Pendek)


Ini merupakan drama pendek hasil daripada kisah benar.Pembikinan filem oleh team saya dan kawan-kawan..

Saya sebagai camerawoman .Happy watching!

Musee Du Lavoure,Arc De Triomphe & Opera Paris

(sambungan dari sedutan 2 minggu lepas...)


Musee Du LOUVRE


daki-daki tangga metro..terus keluar nampak signboard ini :)


Ini dari luar..kawasan museum ni besarrrr


Masih lagi di kawasan metro tu..


Ini hotel Du Lauvre (honeymoon boleh duk hotel ni..ehek)



Metro~











teringat movie Da Vinci Code tuh kan,,museeum ni salah satu benda yang masuk dalam line yang membentuk bintang zionis tu eh? (lupaaaaaa....)


orang ni tidur di kawasan tu yang sejuk sejuk..haih =.='



bergambar dulu before masuk~




patung bogel semua tu..kat europe merata patung bogel T_T



Pyramid Paris (Checked!)



piramid kecik ni sampingan je..pintu masuk museum kat piramid besar belakang tu~







sekeliling piramid ni ialah istana lavoure..











ini la pintu masuk..tapi sayangnya hari kami pergi tu tutup T____T (terlepas monalisa ku~)







so kami pun berlegar je la di kawasan piramid yang besar ni.


pintu gerbang (macam arc de triomphe)



ARC DE TRIOMPHE





The Arc de Triomphe (in English: "Triumphal Arch") honours those who fought and died for France in the French Revolutionary and the Napoleonic Wars, with the names of all French victories and generals inscribed on its inner and outer surfaces. Beneath its vault lies the Tomb of the Unknown Soldier from World War I.

Tapi kitorang tak pergi pun bawah Arc ni nak tengok kubur tu..sebab time ni tak tahu sejarah Arc ni apa..keke,,main pergi je =P









pandang dari jauh je..




OPERA

Opera ni nama tempat..time tu dah nak mangrib..ingat nak patah balik hotel sebab semua tempat dah tengok..so dalam route metro tu nak patah balik lalu tempat nama Opera,,ini tempat Art/Music Acedemy ..intan nak tengok opera yang boleh masuk dan terus tengok teater dalam tu ke..so kitorang decide la pegi Opera ni




Academy Nationale De Musique


.....







Excited nampak kedai Apple..masuk leww



customer boleh online di sini..guna je mana-mana laptop yang kena display tu


tingkat atas ada meja kosong yang banyak untuk customer duduk dan beronline






HARD ROCK CAFE


kebetulan route Hard rock cafe ni selepas route Opera je..so pergila sini setelah azhani insist nak pergi (sedangkan dia hilangkan peta utk ke HRC ni,,sabo je la den..kami pn amik peta baru dlm metro..he)


tak beli pun dalam ni sebab mahal..hehe


Ini la last day kami spend masa di Paghiiiii T____T..seronok di Paris ni.. :)

Akhirnya~~~~ saya update juga blog setelah berperang dengan round Community Medicine saya..baru kemarin saya habis exam untuk round ini..exam sehari jek =P ,,next round will be Opthalmology..ajar cemana nak kenyit-kenyit mata bila jumpa lelaki tampan.It will be my last round before final exam.. T__T.



kelas saya bergambar sebelum masuk kampung Beni Shebil.. (community medicine kan..yah kelas saya semua perempuan..)



presentation day..lepas buat analisis dalam kampung mengenai penyakit2 yang priority dalam kampung tu,,kena bentang hasil kerja depan docs...


Alhamdulillah our presentation dah habesss..minggu depannya tu end round exam untuk community :)



Next entry..insyallah about ITALY.. *lompat bintang*





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails