Sunday, March 3, 2013

Cinta Monyet


Wahh gituuu..tajuk hot sepanjang zaman yang evergreen tak akan ditelan zaman hahaha.Memang rasa kelakar bila ingat mengenai cinta monyet dibangku sekolah..haa..siapa ada situasi yang sama macam ini? mesti mostly ada kan? yang tak ada tu buat-buatlah ada macam saya.Haha..ohmy pathetic kot tak ada kenangan cinta monyet... no! no!..it's not pathetic actually..it's an honour to be the minority =) *jom sep!*

Namun kisah-kisah disebalik nak ke arah cinta monyet tu ada je >.< yang akan digarap satu persatu di dalam entri kali ini! *rofl* semuanya bermula sejak di sekolah menengah..yang sekolah rendah toksah kira la sebab hidup waktu itu nomad..3x pindah sekolah..jadi tak sempat ko nyah nak cintan cintun usha lelaki dan sah-sah la zaman tersebut zaman hingusan bodoh-bodoh tak tahu apa.

Memandangkan saya sekolah jenis perempuan..memang hidup 5 tahun di sekolah tersebut kerja saya hanya pandang perempuan dan pandang dua jenis lelaki sahaja iaitu sama ada cikgu/ustaz atau adik-beradik.Waktu itu saya memang tak ada kawan lelaki dan situasi tersebut tidak membawa saya ke arah anti-lelaki pun..no..cuma saya tak sempat nak berkawan atau lebih precise nya saya tak reti berkawan dengan lelaki memandangkan zaman sekolah adalah zaman kehodohan dan kegelapan kulit maka konfiden level jatuh merundum yang tahap tak dapat diselamatkan.hahaha.Jadinya.. i make friends with boys melalui kenalan keluarga sahaja.Contoh ayah saya kawan dengan pakcik A..then pakcik A ni ada anak baya saya..kebetulan lelaki..taraaa dari situ la saya tahu dia ada anak baya saya.Tahu je la,bertegur tak sangat pun. =P

Bermula la kisah di mana ketika saya menghadiri satu event bersama family-family sejagat (kawan-kawan abah)..tiba-tiba ada orang berkirim salam dengan saya menggunakan orang tengah.Apa lagi waktu itu terus terasa blank..ini saja nak gula-gula kan aku ke apa.Mula-mula masih buat tak tahu je,,yelah dah la kirim salam senyap-senyap tak bagitau sape..memang tak kuase la saya nak cari siapa orangnya.Hari berganti hari,,no.fon saya dah dalam genggaman dia atas jasa tak baik kakak saya sendiri yang memandai-mandai jek bagi kat orang.Tapi bermesej je pun dengan mamat tu konon nak kenal..but by the time dia luahkan perasaan suka kat saya,saya jadi takut gelabah bagai nak menggelupur terus taknak kontek dah mamat tu.Padan muka. *blow nails* .Itu satu. *wah gaya macam berderet je lagi lepas ni*

Yang dua.Sama juga,anak kenalan ayah sendiri.Kejadian berlaku di rumah sendiri yang sedang melangsungkan majlis doa selamat.Family si dia menjadi tetamu ketika itu,cumanya si dia tuan badan tidak hadir ke rumah.Nombor fon sdh berada dlm genggaman si dia atas jasa tak baik kakak si dia sendiri.Haha.Tiba-tiba je henfon saya terima satu mesej dari nombor tak dikenali (no. si dia) bertanyakan sama ada keluarganya sudah tiba di rumah saya ke belum.Amboii kauu..kemain strategi bijaksana nak ngorat anak dara orang,pura-pura tanya aku plak macam tak boleh tanya direct je  kat kakak kau sendiri.Hahaha..ceh,tapi saya pun layan je la dan berkawan terus sejak dari itu.By the time dia request nak jadikan saya gelpren dia..jeng3..terus speechless.Suka tu suka je,mamat hensem plak.Bangga siot pakwe ko hensem walopun muka ko hodoh heh (!).. dilemma terus (tetibe jek).Untuk kali kedua,saya tolak walaupun ada sikit kuciwa kot sebab yelah melepas lelaki hensem KATANYA sebab waktu itu lebih utamakan PMR yang menanti..biasala..budak nerd.Yang tak boleh blah nye tu si dia bagitahu dah ada gelpren,bila saya tanya siapa..jawapannya adik angkat sendiri yang diupgrade jadi gelpren.Hek eleh..tak heran pun sebab dah boleh tayang slip PMR 9A kat muka dia.haha..*gurau je*

Yang tiga. *cukup 3 je* sewaktu usia mencecah 18 tahun.Yang ini berkenalan dari alam maya atas jasa baik bestie yang paksa saya suruh kenal..*bertuah punya bestie*.Berkawan seperti biasa tanpa ada niat pun untuk memanjangkan langkah ke arah lebih serius.Cumanya berjumpa kali pertama secara kebetulan sewaktu saya dan family pergi bercuti di satu tempat peranginan.Waktu itu muka sendiri memang dah merah padam segan nak mati nye lahai jumpa mamat tu...dah la suruh mamat tu jangan datang dekat saya dan family..tapi suruh dia tengok saya dari jauh je.Kah kah kah..gile ape begitu lame nye cara berjumpa.Sebelum saya terbang ke Mesir melanjutkan pelajaran selama 6 tahun..si dia dah siap-siap request nak jadikan saya makwe..fikir punya fikir akhirnya saya tolak juga.Alasan kerana ingin fokus dalam pelajaran (lebih-lebih lagi perubatan) dan masih terlalu awal untuk sebuah perhubungan,kalau ada jodoh takkan lari kemana pun..gilee kawww matang sehhh jawapan. *matang taik kucing* Hahahaha.

Akhirnya disinilah saya berada di mesir dan sekarang merupakan pelajar tahun 5 perubatan *senyum lebar*..begitu cepatnya masa berlalu tanpa disedari meninggalkan memori zaman persekolahan cinta takdelah monyet sangat saya yang dahulu.Hehehe..till then...see ya! :b

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails