Monday, December 19, 2016

Obs & Gynae Posting (episode 1)


Hi readers! It has been 4 months im in this department and tomorrow is my last day here :) ..so let's throwback from the beginning of this posting

"afifah,nanti kau masuk o&g ko akan jumpa la doktor N, ngeh ngeh ngeh..bersedia lah k"
"Kalau kau boleh lepas dengan si N tu maksudnya ko boleh lepas la the whole posting"
" N tu  paling malignant,kau masuk la dulu department tu then ko tau la cemana"
"Nanti ko masuk o&g,ko request la nak jadi mentee si N,dengar2 dia baik dengan mentee dia"

Ini lah kata2 aku dengar kat wad medical aku sebelum aku nak masuk posting next..ok la aku pun fikir la semua posting pun mesti ada doktor yang jenis cenggini..siap dorg suh aku request jadi mentee dia lagi kalau nak selamat dalam posting tu nanti..amboi2 ko ingat aku nak amik risiko mintak jd mentee dia,orang berangin macam tu pilih bulu kot.

Bila minggu pertama aku di ong,kami yang taggers ni dapat la list mentor dan supervisor  kami masing2 selama 4 bulan kat sana,Bila aku selak je list aku,terpapar nama mentor aku si doktor N.What the heckkkkkkkk . Aku pandang kawan2 aku yang lain,semua muka lega dan gembira bila nama mentor dorang bukan doktor N,ada sorang tu siap tunjuk muka simpati kat aku and cakap "afifah, i pity you,she is so bad you know when i stay in labour room"

Doktor N that time is the medical officer yang in charge dalam labour room selain dari MO MO yang lain..tapi for sure dia paling digeruni kat sana..dan memandangkan kami baru masuk,memang kami wajib tagging dalam labour room selama 2 minggu,so nak tak nak aku kena hadap si N tu.

Si N ni jenih tak layan houseman,taggers ke..ko bajet2 nak kenalkan nama ko kat dia pun,dia akan reply "aku tak tanya pun" then dia akan berlalu pergi,lepas tu dia jenis takkan dengar ko present case walaupun kau dah clerk patient dalam tu,dia siap amik file patient yang ko clerk tu then scratch all your clerking sheet and dia akan RE-CLERK that patient.Lepas tu bila ko duduk tanpa clerk patient dia akan cakap kau curi tulang pemalas tak nak tengok patient sedangkan hakikatnya ko nak amik file patient pun si N tu dah rebut amik dulu.Ok itu aku dengar komen2 kawan aku yg tangging kat LR,so turn aku masuk LR aku tak usik si N tu langsung,aku akan cari MO lain utk aku present case.

Tapi ada satu hari tu aku incharge untuk masuk OT,then kebetulan ada emergency caeserean nak masuk dan doktor N yg kena buat surgery tu.Aku nak taknak terpaksa berdua dengan dia,tapi bila fikirkan aku ni mentee dia aku terpaksa juga bagitau dia aku ni mentee,kalau aku lambat2 nak approach mentor mesti akan kena bambu teruk.so in the OT,Thats the time i introduced myself  while wearing my face mask..

"Doctor N,im afifah..im your mentee"
"did i ask you to introduce?" ( memandangkan dia pun pakai face mask,aku rasa sayup2 je kedengaran jawapan dia walaupun aku tau aku dengar begitu tapi nak husnuzon ahh maybe aku salah dengar then aku gigih lagi ulang balik)
"Im afifah doctor,your mentee"
"Did i ask you to introduce?"  (Ok thats it! Gelap la masa depan aku untuk 4 bulan kalau mentor aku yang aku kena assesment every month  gaya macam ni memang tak lepas2 la aku)

Itu satu hal..hal lain pulak bila aku terpaksa present case kat dia sebab aku tak jumpa mo yang lain..bila mana aku nak present terus dia potong " eh tak payah present..uol kan malas nak tengok patient,then kuat report kat newspaper kata houseman nowadays banyak kerja,tak cukup tidur..ala i tau uol ni macam mana"  aku yang time tu terasa blur juga out of sudden dia cakap mcm tu,pelik gila perempuan ni..irritate much..tapi aku malas nak layan apa dia cakap aku sambung je present case aku,dia cakap aku pun cakap..masing2 taknak mengalah..ko tak nak tengok muka aku takpe,ko ingat aku nak mengalah..lepas ni hari2 ko kena hadap muka aku..hahaha

Kawan2 pernah cakap si N ni pernah je ditch mentee2 dia,dia taknak jadi mentor...then dia akan request kat captain taknak oncall dengan housemane yang dia tak suka,tapi most ho akan lagi suka kena ditch and tak perlu oncall dengan dia.So aku ada peluang yang besar untuk masuk dalam kategori kena buang.So berlalu lah satu bulan pertama dalam posting ni dan aku kena buat assesment yang pertama dengan N.Ada satu hari tu aku oncall dengan N buat kali pertama,so aku rasa maybe waktu yang sesuai utk aku buat assesment..lemah lutut jugak la bila aku nak tanya dia tu..serius..but alhamdulillah everything went well,dia boleh bercakap dengan aku mcm biasa tanpa ada sindiran pedas..cuma aku tak bawa je kertas assesment aku untuk dia sign dan cop,so dia suh bawak next time..dan buat pertama kalinya bila aku present case kat dia,dia tak scratch clerking aku..hahahaha..even dia tak re-clerk pun patient tu dan dia suruh aku sambung je clerking aku dan dia bagi plan management.Rasa berbunga2 pagi aku oncall tu..satu kejayaan bila N tak buat perangai..aku rasa pagi tu aku menyengeh je..aku kena kekalkan momentum ini! Wakaka

Tapi bak peribahasa kata ku sangka pelangi hingga ke petang,tetapi hujan di tengah hari...malam oncall tu aku tak tau sebab apa mood dia swing..then dia datang tengok patient aku clerk..lepas tu dia marah kenapa aku clerk dulu sebelum examine patient.. Rupanya style si N ni ko kena examine patient baru ko boleh clerk yakni amik history patient.Tapi kalau Mo lain,ko clerk dulu habis then ko examine patient takpe. So....mendapat la aku..terngiang bait2 kata si N

"I dont want to be your mentor,tomorrow morning go ask kak mani to change mentor..bagi la apa2 alasan kenapa nak tukar mentor..ala uol kan pandai buat alasan"

Akhirnya aku di ditch oleh si N,tapi aku pikirkan sign and cop dia aku tak dapat lagi..aku malas nak assesment kali kedua dengan mentor lain pulak..haihh laaa nasib badannn

Will be continue...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails