Saturday, February 16, 2019

Ibu ku..Akbal Hanam Binti Talip



Emak...

genap 40 hari emak pergi meninggalkan ipa..Ipa masih terasa baru semalam ipa bawa mak jalan-jalan di koridor ward..tanpa diduga 40 hari sebelum mak pergi,kita sama2 bercuti di Colmar Tropicale,pahang..tak sangka itu kali terakhir ipa bercuti bersama mak..

Ibu ku..seorang yang pendiam.Bila mengenali ibu ku,dia lah yang paling lembut dan sentiasa berhati-hati dalam percakapan nya..

Seorang yang sangat pemurah dan suka menderma.Teringat sewaktu emak berada di ward..emak mengadu kepada abah menyatakan emak tidak tahan menanggung kesakitan dan waktu itu berjujuran air mata kami dan waktu itu juga seorang "cleaner" sedang menyapu di sisi katil..emak bertanya kepada abah sama ada abah ada 30 ringgit,abah serah duit kepada emak..emak suruh kami bagi duit itu kepada cleaner...

Pada hari terakhir ipa jaga emak ..ipa nampak betapa mak berusaha untuk menjadi kuat,mak minta ipa bawa jalan-jalan di koridor walapun hakikatnya semakin masa berlalu sehingga ke senja mak menjadi semakin lemah.. banyak kali ipa angkat mak untuk uruskan mak,badan mak sangatlah lemah..hati ipa dah tak sedap waktu itu.

Masuk waktu Maghrib..apik datang untuk ganti jagakan emak..waktu itu mak masih tidur dan nampak sangat penat..ipa cium pipi mak dan ipa bercadang esoknya untuk isi borang dan mohon cuti separuh gaji untuk menjaga emak.

Malam itu..hati makin rasa tidak tenteram..ipa mesej apik tanya keadaan mak pada sekitar jam 10 malam..apik membalas mengatakan mak tiba-tiba sesak nafas..doktor sedang attend emak.. terasa "blank" fikiran waktu itu..ya Allah..

Ipa sampai di hospital sekitar sebelas malam lebih..benda pertama ipa nampak dihadapan mata ipa sebaik sahaja ipa sampai di katil emak..ialah emak tengah di CPR kan oleh doktor..hancur luluh hati ipa bila lihat mak berkeadaan begitu..sakit dada rasa disiat-siat..ipa yang doktor selama ini membuat CPR untuk pesakit2 ipa,tak sangka ipa melihat mak yang di CPR kan..

Allah sayangkan emak..emak pergi pada jam 12.57 pagi 7 january..ipa bantu nurse bersihkan mak di katil ward.Iya mak..kami adik beradik sama-sama mandikan jenazah mak di hospital..tubuh mak lembut sangat dan nampak riak wajah emak seperti tengah senyum..Alhamdulillah mak..

Ipa ikut ambulans jenazah untuk bawa mak pulang ke rumah..selepas menunaikan solat subuh di surau Al-hidayah Bandar Enstek,ipa dan jemaah di surau sama-sama solat jenazah untuk emak di imam kan Amat mak..memang harapan mak semasa masih hidup untuk anak mak imamkan dan mandikan jenazah mak bila mak sudah tiada..

Mak tahu..semasa menunggu waktu untuk mak dikebumikan ..surau al-hidayah berduyun-duyun orang datang mak untuk berikan penghormatan terakhir untuk mak..MasyaAllah.. solat jenazah dibuat sebanyak 6x untuk mak kerana orang datang tanpa henti mak..

Jiran tetangga sempat bertanya kepada jiran rapat kita siapa arwah itu sebab ini kali pertama mereka lihat di Bandar Enstek solat jenazah begitu ramai orang yang datang..Alhamdulillah emak..

Jiran yang tolong menggali kubur mak ada berkata bahawa tanah yang mereka gali lembut,senang kerja-kerja mereka..Alhamdulillah mak..urusan jenazah mak Allah mudahkan..

Emak..damailah emak di alam sama..InshaAllah ipa dan adik beradik lain berusaha untuk jadi anak yang soleh dan solehah supaya buat bekalan untuk mak di alam sana..

Sesungguhnya emak...ipa saksi perjalanan hidup emak..bila emak pergi,separuh nyawa ipa pergi bersama-sama emak..ipa terlalu rindukan emak.Semoga syurga Firdausi ganjaran untuk ketabahan emak melalui ujian hidup.Amin..



Gambar-gambar ihsan dari jiran tentangga..terima kasih.

















No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails